Saturday, June 27, 2009

PR TIDAK PERLU BIMBANG KES ANWAR

PR tidak perlu bimbang kes Anwar: Shabery


SHAH ALAM – Ahli Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan supaya tidak bimbang dan bertenang sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah terhadap kes tuduhan liwat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan menghantar memorandum yang meminta pihak pendakwaan menggugurkan tuduhan tersebut menunjukkan PR cuba mencampuri urusan perundangan negara ini.

“Sekiranya mereka ada bukti, kenapa masih bimbang sehingga perlu menghantar memorandum tersebut.

“Tindakan ini seolah-olah menunjukkan bahawa PR hendak mencampuri urusan perundangan dan kehakiman negara. Adakah mereka sebenarnya tidak yakin dengan bukti yang diperolehi?” katanya

Semua perkara Pakatan Rakyat buat memorandum,report polis,hentam melalui ceramah blogger dan lain-lain dalam usaha nak selamatkan Dato Seri Anwar.Banyak kali dah mohon kat makhamah tangguh-tangguh atau buang kes hinggalah pilihanraya akan datang. Kalau kita cukup bukti sebagaimana didakwa takut apa sehingga guna banyak saluran.Semua tak boleh siapa Dato Seri Anwar ada kekebalan ke.. Sudahlah terima ajalah kita bicara dalam makhamah.Kan banyak peguam-peguam tersohor dalam pakatan kita gunakan mereka untuk bantu.

Banyak dah muslihat dan kerenahnya nak tubuh Suruhanjaya Kes Dato Seri Anwar pulak nanti bawalah kat Parlemen.Hentikanlah Dato Seri.Dengan Budak Saiful dan kecut nak sumpah laknat dengan Al Quran dimasjid-masjid secara terbuka tak jadi-jadi. Dah pun boleh buat keputusan dalam Pakatan tak perlu lagi memorandum padan dengan keputusan Tok guru-tok guru PAS dan Pemimpin DAP. Beres Dato Seri hidup selamat tak macam Ayah Pin da Komunis. Kalau payah sangat ajak PM debat pulak yee...

No comments:

Post a Comment