Sunday, June 28, 2009

PAS SEBAR FIRNAH TUTUP KELEMAHAN

Pas sebar fitnah tutup kelemahan

KUALA KRAI: Tindakan pemimpin Pas melemparkan pelbagai fitnah serta memburuk-burukkan kepemimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihat sengaja dilakukan bagi menutup kelemahan parti itu yang gagal membangunkan negeri ini sepanjang 19 tahun pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata disebabkan terlalu lama berkuasa di negeri ini, pemimpin Pas semakin angkuh serta takbur dengan merasakan mereka maksum sehingga memandang rendah dan memperlekeh kemampuan BN seolah-olah parti itu akan menang besar pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.

"Pas sememangnya angkuh serta takbur dan berasa mereka seolah-olah maksum yang boleh buat segala-galanya. Oleh kerana sudah terlalu lama memerintah hampir 20 tahun, mereka memperlekehkan kemampuan kita, tetapi Umno akan membuktikan kita masih kuat dan tidak selemah seperti yang mereka dakwa.


Itu kerja PAS dulu kini dan selama-lamanya Serangan demi serangan dilemparkan isu peribadi ,samakan dengan ajaran sesat dan komunis.Ini didikan dan asuhan yang telah dilatih oleh ulama-ulama maasum PAS.Membangun Bersama Islam di Kelantan omong-omong kosong aja.Tok Guru jadi MB dah 20 tahun pening kepala nak buat pembangunan. Rakyat Kelantan digalakan berhijrah ke negeri-negeri lain cari makan dan harta. Kat Kelantan ini kita tumpu pada islam saja.

Kelemahan PAS ditutup dengan menghalalkan Fitnah-fitnah tiada perubahan seperti dulu-dulu juga dah pun jadi darah daging amalan-amalan pengikut PAS daripada nenek moyang hinggalah kepada cucu cicitnya sekarang.Ini amal jariah yang berpanjangan yang diwarisi dari tok guru-tok guru PAS.

Pilihanraya Maner Urai ini lebih menonjol lagi perjuang-perjuag muda PAS yang telah taksub akan menggunakan sebaik mungkin pegangan ajaran tok guru untuk serangan BN.Pengundi di Maner Urai dah mula kecewa dengan janji,adu dumba dan dakyah-dakyah PAS dah berani keluar menyuarakan bantahan dengan menunjukan mereka akan bantu BN kali ini. Negara kebajikan dalam menufesto PAS dan PKR masa Pilihanraya lalu tak terlaksana.Kini minta hak pulak royaity minyak,bantuan pembangunan dan lain-lain. Gona tok guru 20 tahun memerintah kewangan negeri bersama PKR tu gimana hak rakyat tu.


Pilihanraya ini nampak benar PAS dan PKR mula kalok dan resah untuk mempertahankan kerusi mereka di Maner Urai. Gerakan jentera BN mula meresahkan mereka untuk berkempen dan pengundi mula mempersoalkan janji-janji PAS dan PKR. Namun begitu jentera BN jangan mengikut rentak mereka buktikan perjuangan BN-UMNO akan mengempur serangan Pas dan Pakatan Rakyat habis-habisan.Kita berikan sokongan kepada calun muda BN yang merupakan anak tempatan dan telah berkhidmat sebagai pengurus kesedar dikawasan berkenaan

No comments:

Post a Comment