Monday, June 29, 2009

NAJIB TOLAK PELAWAAN DEBAT TERBUKA NIK AZIZ

Najib tolak pelawaan debat terbuka Nik Aziz

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam menolak jemputan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan isu perbezaan politik antara Umno dan Pas yang berlaku sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, beliau menolak jemputan itu kerana berpendapat bahawa cara dan kaedah terbaik untuk menyelesaikan perkara itu atau masa depan umat Islam, negara serta kekalutan politik di antara kedua-dua parti ialah menerusi musyawarah.

"Saya tak nampak apa faedahnya debat ini, saya nampak ramai orang tidak bersetuju dengan debat yang tak mendatangkan apa-apa faedah

Amat dialu-alukan keputusan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menolak pelawaan debat berkenaan. Banyak kebaikan,tidak buang masa dan bukan jalannya cari penyelesaikan.Isu UMNO PAS ni boleh diselesaikan kalau Tok Guru Nik Aziz dan pemimpin lain hentikan tuduh menuduh kepada UMNO .Perbincangan secara musyawarah adalah digalakan dan memberi kesan yang mendalam keapda kita orang islam.KIta diajar bukan dihalang untuk membuat kebaikan.

Dah jauh berjuang dan berpolitik PAS dan UMNO kesudahan perpecahan sesama kita semakin hari bertambah berat dan retak.Penyatuan dan perpaduan ke era pancang batu yang tak boleh drungkaikan.Sedangkan kalangan kedua Parti ada yang mengharapkan ikatan perpaduan PAS UMNO akan datang satu hari nanti.Tidak rugi dan tidak menambah pun jika debat anjuran Tok Guru Nik Aziz diadakan.

Taada siapa yang kuat dan hebat melainkan Allah jua.Hebat Tok Guru dikalangan yang selera dengan tok guru begitu dengan kami bersama YAB Dato Seri Najib.Masalah dalaman Pakatan Rakyat jelas ada gangguan sesama mereka.Kekuatan PAS dengan rakan yang lain dalam pakatan tiada kuasa suara penentu dalam menentukan sebarang keputusan

No comments:

Post a Comment