Saturday, June 27, 2009

BEKAS PENAGIH BAKAL GANTI BURUH ASING

Bekas penagih bakal ganti buruh asing: Razali


KUALA LUMPUR- Kebanjiran buruh asing di dalam negara mengakibatkan ruang untuk bekas penagih memulakan hidup baru sedikit sebanyak terganggu kerana kesukaran memperolehi pekerjaan.

:Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, pandangan masyarakat terhadap bekas penagih sangat mendukacitakan sehingga mereka gagal memperoleh sebarang pekerjaan setelah keluar dari pusat serenti.

:“Perkara ini amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan golongan ini terdedah semula dengan gejala yang tidak sihat ini.

:“Bagi merealisasikan perkara tersebut, Pemuda UMNO akan mengadakan mesyuarat bersama- sama dengan kementerian yang terlibat bagi membawa perkara ini untuk mencapai jalan penyelesaian,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Terapi Kekeluargaan Pusat Serenti Sungai Besi di sini, semalam

Elok benar kalau bekas penagih boleh ganti buruh asing bekerja dinegara ini.Perkara ini amat dialu-alukan.Yakin kemampuan bekas penagih ini ada dan peluang pu ada untuk bekerja dinegara yang aman ini.Kementerian Sumber manusia bersama agensi Dadah supaya ada kesungguhan menyedarkan bekas-bekas penagih dan bakal-bakal majikan bahawa mereka ini berguna kepada negara kita.

Kesedaran ini dah lama kenyataannya masih awal pelaksanaan perlu disegerakan.Buroh asing akhir-akhir ini banyak masalah kepada kita aliran wang pun beralih kelain.Kepakaran dan kemahiran kita tak kurang sekarang kita usahakannya.Golongan bekas penagih kita ramai a cukup untuk dimanafaatkan dalam mengisi kekurangkan tenaga kerja kita dinegara ini.

Kesedaran bekas penagih ini perlu ada jangan membebankan majikan pula yang terpaksa menanggog kerugian kalau masih tidak berubah.Nasib merekalah tak hendak terbela nama bekas penagih masih dengan cara lama lagi.Peratusan yang terus meninggalkan penagihan amat rendah walau pun dipantau oleh Agensi dadah itu sendiri.Peluang dah lama ada tapi hangat tahi ayam manja dan hendakan perhatian kerja tak jadi pun.

Setakat nak cuba tapi hasil belum tau tak payah menghabiskan beras aja.Pusat serenti pun habis dibakar ni pulak keselamatan majikan mereka.Dapat ubat semua boleh buat cakappun pandai kerja pun tak payah dikawal.Teruklah majikan dengan ADK kenakan bekalkan bekalan yang seckupnya. Hasrat YB.Dato Razali kita sokong tapi berhati-hati dan buat penyelidikan yang meluas agar perkara ini dibuat sebak-baiknya.Tak buat langsung kera dihutan kita susukan ini puluk kera tempatan kita bagilah susunya.

2 comments: