Anwar persoal lokasi bina jambatan kedua
KUALA LUMPUR 30 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan lokasi pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang didakwanya menelan kos terlalu besar.
Menurutnya, laluan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang iaitu di bahagian selatan negeri itu akan menelan kos yang sangat besar.
"Berdasarkan maklumat industri yang saya peroleh, pembinaan jambatan tersebut di laluan alternatif iaitu di bahagian utara Pulau Pinang akan menjimatkan duit rakyat sebanyak RM4 bilion.
"Ini termasuk ganti rugi kepada syarikat yang diberikan projek tersebut iaitu China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd. dan UEM," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Kesian Dato Seri jangan pening-pening ini kerja Kerajaan BN hari. Dah... jadilah nak ngecing aja didewan Parlemen,Dewan Undangan Negeri,Perhimpunan,jalanan dan bawah pokok nilah kerja Pakatan Rakyat mengencing rakyat demi kepentingan masing-masing.
Nak bina pendek ke panjang jambatan jangan tanya ini kemampuan BN yang telah mendapat mandat rakyat untuk bangunkan negara .Pakatan dah dapat lima negeri ayuh gayakan pemerentahan Pakatan Rakyat buatlah yang pendek mau pun panjang- panjang.Bolehlah guna duit rakyat pasal untung rugi auditlah sendiri.
Pasal cari duit dulu Dato Seri bersama kami dulu ngona rakyat bagi duit atau kerajaan yang bagikan duit kepada rakyat. Kita nak bayar kemana ikut kita sukalah sebab kerajaan hari ini masih diperintah oleh BN sayang. Jadi mudah aja cakap dah merata-rata nak buat kerajaan Kebajikan silakan Dato Seri boleh buat mana-mana pun jambatan pendek dan panjang dalam kawasan Pakatan Rakyat.Ok Dato Seri kita bincang bawah pokok nanti ya.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
10 months ago
No comments:
Post a Comment