Wednesday, June 24, 2009

Contohi parti Cina

Contohi parti Cina

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

Ni lah angkara ulama-ulama terpilih PAS yang besengkokol takut hilangkuasa.Kepentingan diri diutamakan cakap tak serupa bikin lebih-lebih lagi kuasa belinya bergantung pada Dato Sri Anwar dan Lim Kit Siang.Punah Pas.Nama aja parti Islam cakap pasal islam,juang,perintah dan lain-lain islam tapi semua omong-omong kosong.Dahlah tu dah tak nak Kerajaan Perpaduan salah ke BN pula.Habis pusing kampong ulama-ulama PAS berdakwah nak bagi penjelasan kepada rakyat.

Dengan kenyataan Mufti Perak itu kita amat alu-alukan lagi kalangan ulama-ulama yang berani meyuarakan pandangan dan teguran yang membina tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak.Pernolakan ini mengecewakan kita orang Melayu dan Islam .Mengapa Ulama dan Umarak sehingga kini tak berjaya menyatu Islam dan bangsa masing-masing.Bila lagi Umat Islam dan Melayu kita hendak bersatu dalam satu perpaduan bagi demi agama,bangsa dan negara.Bangkit,tampir dan kedepanlah ulama-ulama Islam kerana ALLAH

No comments:

Post a Comment