RAZALI (kiri) bersalaman dengan Nasrudin sambil disaksikan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff selepas sidang akhbar di Parlimen, semalam.
Permulaan selesai kemelut dua parti demi kebaikan rakyat
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas semalam secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.
Pelawaan itu disambut baik oleh Pemuda Umno yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, pada sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen, berkata perkara utama yang difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu berbangkit serta soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk membabitkan umat Islam negara ini
Apa muslihat PAS ni mula kerena Presiden,Timbalan Presiden dan kini Ketua Dewan Pemuda Pas pulak nak dialog.Minggu lalu Tok Guru Nk Aziz nak debat.Kemudian Dewan Muslimat pulok nak apa.Ini lah dunia nak kiamat amanah yang dipikul dipermainakan persendakan dan tidak laksana.Sah nanti tambah lagi boneka UMNO yang akan dilebelkan oleh Tok Guru-guru yang diamanahkan untuk perjuangan islam.
Ya permulaan tapi taada penyudah pasti dituduh UMNO pulak mengilhamkan diolog ini bila tiada jalan penyudah.Lebih-lebih lagi rakan dalam Pakatan Rakyat.Kemelut Dato Seri Anwar dan Lim Kit Siang jadi badi dalam mengiyakan hasrat murni demi kebaikan. Golongan PAS dah lupa dan takut memperjuangan Islam demi kepentingan Pakatan mereka.
Kemelut PAS UMNO ini tak sudah selagi PAS tuduh UMNO perjuangannya bertentangan dengan Islam.Sedangkan ahli UMNO shahadahnya sama dan pegangan agama sama cuma politiknya berbeza.Rungkaian ni yang pening bila Tok Guru yang diamanah tidak amanah dalam mengelutkan agama.Menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.
Amat sedih hasrat mulia ini tidak terlasana atau terlaksana digunakan untuk mencari kelemahan masing-masing bagi mempertahankan parti masing tanpa fikirkan untuk Agama Bangsa dan Negara.Perpecahan Umat Islam dan Melayu semakin hari semakin serius tunggu masa aja pertumpahan darah sama kita jika berterusan.Dalam pertahankan dan mertabatkan islamlah telah berlaku sebelum Islam ke Negara kita.
Dialog ini boleh diteruskan dengan meletak senjata hati,keikhlasan dan tau amanah yang telah ditentukan allah. Kita mussabah diri masing-masing dengan hasrat selesakanlah sengketa dan kemelut yang ada.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
9 months ago
No comments:
Post a Comment