KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang menyambut 100 hari sebagai Perdana Menteri semalam, mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat.
Berucap pada majlis 'Seratus Hari Najib Bersama Rakyat 11 Julai 2009' di Dewan Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, beliau berkata, ini termasuk mewujudkan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia), pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal.
Katanya, penubuhan tabung AS 1Malaysia di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini.
100 hari yang penoh bermakna.Salah andaian sebelum ini.Perubahan yang nyata dalam kepimpinan YAB.Dato Seri Najib.Spekulasi sebelum ini kosong kenyatan mula menjelma.Syabas dan tahniah kepada YAB Dato Seri.Turun padang yang telah membuatkan rakyat sedar dan bangga dengan keserdahanaan YAB Dato Seri.Kebijaksanaan menyelesaikan beberapa isu tempatan semasa turun padang jelas kesungguhan YAB Dato Seri dalam membantu rakyat.
11 hadiah yang diumumkan juga melegakan rakyat.Inilah yang dinanti-nantikan wargakota dan luarbandar.Kadar tol yang diberikan diskaun 20% amat-amat dinantikan bagi golongan yang menggunakan tol harian bagi urusan kerja dan sebagainya.
Cekaman selama ini bagi penduduk kota yang tak punyai rumah mengalu-alukan langkah kerajaan menawarkan pembelian rumah mampu milik Program Perumahan Rakyat kepada penyewa-penyewa diberikan peluang untuk membeli rumah tersebut sebanyak 44,000 unit.
Sekim Amanah I Malaysia 10 bilion dibuka untuk semua rakyat Malaysia merebut peluang untuk melabur.Semua bangsa dapat nikmati dan bersama sama melabur dalam skim amanah ini.Bagi warga muda yang tak punyai lesen memandu kenderaan motor diberikan keistimewaan dengan bayaran hanya RM 211 sahaja.Ini berikan keseronokan dan peluang kepada anak-anak muda untuk miliki lesen memandu.
Sekim pinjaman Tekun RM 150 juta peluang kepada penjaja-penjaja untuk dapat pinjaman dan tidak perlu lagi bergantong kepada ALONG.Begitu juga kepada Usahawan Muda India diperuntukan RM 15 juta.Jelas bahawa masyarakat India lagi lagi diabaikan malah dibantu.
Hadiah untuk rakyat selepas 100 hari menjadi Perdana Menteri melenyapkan segala tohmahan-tohmanahan sebelum pada ini.Perubahan demi perubahan yang dibuat rakyat mula yakin dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
10 months ago
No comments:
Post a Comment