MARAN 8 JULAI 2009 YB.DATO Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil ADUN Luit sejak Januari 2009 mulakan Kuliah Maghrib di setiap masjid-masjid didalam Kawasan Luit.Pengisian kuliahnya membaca kitab Tauhid,sifat 20 mengenai tuhan. Antara masjid yang terlibat kini hampir semua masjid dalam kawasan Dun Luit. Masjid-masjid yang mendapat sambutan di Masjid Felda Bukit Tajau setiap malam selasa dua kali sebulan,Masjid Kg Serengkam sekali sebulan,masjid Kg. Kuala Wau sekali sebulan sekali selepas jumaat,Masjid Kg.New Zealand sekali sebulan,masjid Kg Luit sekali sebulan dan Surau Taman Sri Keramat dua kali sebulan,Surau Taman Maran Jaya dua kali sebulan dan surau Kg Berkat dua kali sebulan.
Alhamdullilah sambutannya mengalakan ianya disertai oleh jemaah-jemaah dikawasan tersebut malah fahaman politik tidak diambil kira malah mereka turut sama mengikuti kuliah tersebut.Kuliah Tauhid,sifat 20 dan mengenal tuhan memberikan pendekatan kita dengan Allah.Ilmu ketuhanan yang esa membolehkan jemaah mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi.
Walaupun kepenatan YB.Dato Adun Luit turun berkuliah setiap malam masyarakat Kawasan Luit mengucapkan terimakasih dan syabas diatas gerakan pembaharuan ini.Konsep turun padang YB.Dato amat berkesan dan mendalam.Rata-rata jemaah berpuashati dengan pendekatan ini.Dalam kesempatan ini pengundi dan pendudukan kampong mengambil kesempatan berurusan dengan YB.ADUN Luit.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
10 months ago
No comments:
Post a Comment