BUTTERWORTH 6 Julai – Wanita MCA negeri membidas sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mementingkan diri dengan berpindah ke rumah banglo bagi masalah remeh seperti anai-anai dan semut merah tetapi `lepas tangan’ terhadap isu 23 keluarga di Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal.
Ketuanya, Tan Cheng Liang berkata, Guan Eng lebih mengutamakan dirinya berbanding rakyat yang diwakilinya dan tindakannya yang gemar menyalahkan kerajaan terdahulu adalah sikap yang tidak baik.
“Saya rasa kecewa apabila isu anai-anai merosakkan kediaman rasmi dianggap jauh lebih penting daripada isu penduduk Kampung Buah Pala yang akan kehilangan tempat tinggal
Pasal banglo Ketua Menteri Pindah kediaman rasmi kacau dak anai-anai.Biarkan aja.Tak salah bukan duit rakyat.Tok Guru Kita Kat Kelantan pun tak duduk kat rumah rasmi.Biasalah tu.Kerajaan Pakatan Rakyat kat Penang mampu.Nanti Exco-exco ikut sama ya.Rugilah masa ni kita memerintah nanti orang merintah baru kita nak buat tak jadi.
Pasal kes Kampong Buah Bala itu kerja Kerajaan Pusat.Saya dah tuis surat kat YAB Perdana Menteri.Dulu dia orang nak ikut kita sebab tak mau pindah.Sekarang dia punyai pasalah bagi pampasan jual mahal.
Tinggal kat banglo baru ini boleh clim elaun rumah.Duduk kediaman rasmi melepas.Bagi tok guru senang nak ngajar.Bagi KM Pulau Pinang banyak egenda DAP dapat diatur dan disusun untuk mempertahankan DAP dan masyarakat Cina kat Pulau Pinang.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
10 months ago
No comments:
Post a Comment