Friday, July 3, 2009

KES LIWAT KEKAL DIMAKHAMAH TNGGI

Kes liwat Anwar kekal di Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan semalam, memutuskan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Mahkamah memutuskan demikian setelah menolak rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengetepikan keputusan mengekalkan perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Sesyen oleh Hakim SM Komathy Suppiah.

Keputusan mahkamah menyatakan perpindahan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi tidak akan menyebabkan prejudis terhadap Anwar kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menandatangani sijil pemindahan tepat dengan peranannya selaku Peguam Negara.

Keputusan itu merujuk Seksyen 418 Kanun Tatacara yang memperuntukkan Pendakwa Raya mempunyai kuasa dan tanggungjawab penuh ke atas pemindahan kes tersebut.

“Tidak ada kuasa alternatif dan ia adalah kuasa istimewa Pendakwa Raya,” kata Hakim Datuk Abdull Hamid Embong yang membacakan alasan penghakiman.

Apa istimewa Dato Seri Anwar banyak kekebalan diberi hingga hari ni masih tak dibicarakan.Sabar Dato Seri apa yang nak ditakutkan lagi kita beicara dulu.Gunakanlah beberapa peguam-peguam yang hebat.Jangan pula gunakan makhamah jalanan,pentas ceramah dan perhimpunan.

Makhamah didunia tak apalah pakai apa-apa boleh kat sana nanti online Dato Seri.Sini gunakan lah talian hayat yang boleh menghalalkan semua yang Dato Seri kerenahkan.Tok Guru-tok Guru dan saudara-saudara dalam Pakatan Rakyat akan bantu.Semoga Allah berikan pertunjuk kepada kami bagi jelaskan yang mana benar dan yang mana sebaliknya.

No comments:

Post a Comment