Saturday, July 11, 2009

Nasharuddin akhirnya muncul di Manek Urai

KUALA KRAI 11 Julai - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai hari ini bagi membantu kempen pilihan raya kecil dengan meyakinkan penyokong Pas bahawa pergeseran kepimpinan parti itu sudah berakhir.

Namun dua kenyataannya yang berbeza kepada pihak media dalam tempoh beberapa jam terus menimbulkan tanda tanya.

Baru nampak.Buka calang orang juga Tim Presiden PAS ni.Dia menang bertanding bukan menang free.Tentu sekali ada penyokongnya.Cuma segan dengan Tok Guru kita.Sebab kita menumpang jadi wakil rakyat kat negeri dia.Kalau tanding tempat lain belum tentu lagi. Kat Kelantan ni batu pun tanding boleh kalau Tok Guru kata ya.Kalau Tok Guru kata tak dosa dan halal pun ya.Kerana dah taksub dengan air jampi Tok Guru kita.Kena janggutnya lagi mujarab sunat.

Kena turun YB.Timbalan Presiden bantu tok perais kita ni.Kalau dok kalah.Isu dalaman kita sama kita kita biar dulu lepas pilihanraya ni kita buat baru.Sapa tak kenal Tim Presiden kita BONEKA UMNO yang nak buat baik.Tapi nasib tak baik kena gam dok Tok guru kesian dia.Dalam PAS kita sebagai ahli dan penyokong keno tutup mulut.Yang buka mulut luas-luas kena Tok Guru.Yang makan kenyang pun Tok Guru kita makan angin ajalah.

Ini ada dalam kitab PAS jangan dilawan nanti tak masuk syurga.Gitulah dengan Boneka UMNO boleh mari ke Maner Urai cakap jangan.Salam-salam dan jumpa orang tertentu aja.Nanti rosakkan kempen pulak.Perpecahan dalam Pas KETARA tunggu bomm aja lepas Pilihanraya ni.Lepas ni kita cakap pasal nak berbaik semula dengan Kerajaan BN.Le ni tak leh lah.

Anwar buat janji selesaikan isu Kampung Buah Pala - DAP

PULAU PINANG 11 Julai - Bukan DAP tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji untuk menyelesaikan kemelut tanah di Kampung Buah Pala.

Itu penjelasan Timbalan Pengerusi Pemuda Sosialis DAP negeri, R.S.N Rayer berhubung isu berkenaan apabila Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berterusan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, DAP memang ada membuat janji menyelamatkan Kampung Buah Pala pada pilihan raya umum tahun lalu, namun pihak pertama yang berbuat demikian adalah Anwar sendiri.

Dah jadi darah daging nak selesai semua masalah tapi taada pun cakap aja. Pasal pidato jual ubat,adu dumba itu kerja Dato Seri Anwarlah.Padanlah penduduk Kampong Buah Pala kena tipu.Harapkan hujan air tempayang dibuangkan.Ada tempat berpaut sebelum ni tak pakai kelambu yang ada yang selama ini kita guna dibakarkan kerana termakan janji Pakatan Rakyat.

Yang sonangnya Dato Seri Anwar jugalah.Orang Kampong Buah Pala juga yang merana.Sebab tulah kita kena ingat dan jangan mudah lupa kepada orang yang telah pun buat jasa.NI nampak yang pandai cakap bohong ja kita bantu.

Sebenarnya tak payah nak gaduh-gaduh dengan kerajaan negeri tu kita ikut aja. Apa nak pening-pening menyusahkan aja.Terimalah apa yang ditawarkan tu.Dia bayar tak payah jangan fikirkan kita ikut pemerintah hari ni yang telah pun kita sendiri pilih.Tak perlu minta simpati Kerajaan Persekutuan. Sekurang-kurangnya kita dah selsesa.Inilah Negara Kebajikan Dato Seri Anwar weeh

11 hadiah mesra rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang menyambut 100 hari sebagai Perdana Menteri semalam, mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat.

Berucap pada majlis 'Seratus Hari Najib Bersama Rakyat 11 Julai 2009' di Dewan Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, beliau berkata, ini termasuk mewujudkan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia), pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal.

Katanya, penubuhan tabung AS 1Malaysia di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini.

100 hari yang penoh bermakna.Salah andaian sebelum ini.Perubahan yang nyata dalam kepimpinan YAB.Dato Seri Najib.Spekulasi sebelum ini kosong kenyatan mula menjelma.Syabas dan tahniah kepada YAB Dato Seri.Turun padang yang telah membuatkan rakyat sedar dan bangga dengan keserdahanaan YAB Dato Seri.Kebijaksanaan menyelesaikan beberapa isu tempatan semasa turun padang jelas kesungguhan YAB Dato Seri dalam membantu rakyat.

11 hadiah yang diumumkan juga melegakan rakyat.Inilah yang dinanti-nantikan wargakota dan luarbandar.Kadar tol yang diberikan diskaun 20% amat-amat dinantikan bagi golongan yang menggunakan tol harian bagi urusan kerja dan sebagainya.

Cekaman selama ini bagi penduduk kota yang tak punyai rumah mengalu-alukan langkah kerajaan menawarkan pembelian rumah mampu milik Program Perumahan Rakyat kepada penyewa-penyewa diberikan peluang untuk membeli rumah tersebut sebanyak 44,000 unit.

Sekim Amanah I Malaysia 10 bilion dibuka untuk semua rakyat Malaysia merebut peluang untuk melabur.Semua bangsa dapat nikmati dan bersama sama melabur dalam skim amanah ini.Bagi warga muda yang tak punyai lesen memandu kenderaan motor diberikan keistimewaan dengan bayaran hanya RM 211 sahaja.Ini berikan keseronokan dan peluang kepada anak-anak muda untuk miliki lesen memandu.

Sekim pinjaman Tekun RM 150 juta peluang kepada penjaja-penjaja untuk dapat pinjaman dan tidak perlu lagi bergantong kepada ALONG.Begitu juga kepada Usahawan Muda India diperuntukan RM 15 juta.Jelas bahawa masyarakat India lagi lagi diabaikan malah dibantu.

Hadiah untuk rakyat selepas 100 hari menjadi Perdana Menteri melenyapkan segala tohmahan-tohmanahan sebelum pada ini.Perubahan demi perubahan yang dibuat rakyat mula yakin dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Wednesday, July 8, 2009

Strategi martabat bahasa Malaysia

Sains, Matematik kembali diajar dalam BM pada 2012

PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing

Syabas dan syukur dengan keputusan kerajaan memartabatkan bahasa Malaysia.Isu yang mempertikaikan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeri sehinggakan hilang punca dengan muncul beberapa perjuang-perjuang bahasa.Malah kesempatan yang sama dirais oleh pihak Pakatan Rakyat.Mudahkan berbincang tak perlu gunakan perbincangan jalanan,perhimpunan dan sebagainya.

Perubahan ini juga sesuai dan sekata dengan konsep 1 Malaysia bagi kedua matapelajaran tersebut dalam bahasa ibunda masing-masing.Bagi bahasa Inggeris terus dipertingkatkan dengan pengajaran dan perbelajaran kepada tenaga pengajar dan pelajar itu sndiri.Keluhan rugi kepada anak-anak memang ada tapi melihatkan kecapaian yang telah terlaksana ada kelemahan yang perlu dibaiki segera.

Kita percaya keputusan ini buat bukan atas desakan mana-mana pihak tapi ianya mengambil pandangan semua pihak dan isu ini diberi ruang yang panjang sebelum diputuskan.

Kita sebagai rakyat perlu menerima dan bersedia untuk bersama-sama kerajaan dalam melaksanakan perubahan ini demi kejayaan bersama.

Felda sebagai gedung makanan negara

SEGAMAT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar.

:Perdana Menteri berkata, Felda sebagai pengeluar makanan bertepatan untuk menjadikan rancangan pertanian yang berusia 53 tahun itu bersifat lebih moden yang bukan hanya menumpukan pertaniana kelapa sawit semata-mata.

:“Banyak kawasan lapang dalam kawasan penempatan Felda ini seperti di pekarangan rumah atau tanah kosong. Kita mesti tanam tanaman yang boleh memberi hasil seperti cili pulai, terung, bunga kantan dan pisang berangan,” katanya semasa berucap pada majlis Hari Peneroka Felda 2009, di Felda Maokil, di sini, semalam.

Kerja mula dan jalan.Banyak rancangan felda dah jayakan taman dapur.Dalam kegawatan ekonomi baru baru ini kami dirancangan felda mewah dengan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan.Hasil didik Pengurusan Felda lah nikmat ni kami perolehi.Terimakasih Felda.Tika itu harga getah dan kelapa sawit tak menentu.

Saranan YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kami akan sambut dan kotakan.Dah 50 tahun berlalu hasilnya terbentang didepan mata.Felda bertaraf dunia.Dari kemiskinan terbebas kepada golongan menengah.Mendatang nanti 50 tahun lagi dijanjikan ikrar dan sumpah Felda akan lebih maju lagi.Pasti jaya Felda jadikan gedung makanan negara.

Mana perginya RM254 bilion?

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - PAS mendesak satu kertas putih dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen pada sesi depan berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad yang persoalkan ke mana dibelanjakan wang sebanyak RM254 bilion yang dibayar oleh Petronas sejak enam tahun lalu kepada kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata ia perlu dibuat supaya duit Petronas tersebut dapat dibentang dan dikenal pasti kegunaannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, jika Najib gagal membentangnya bermakna apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu merupakan satu penyelewengan besar yang dilakukan kerajaan BN.

Banyak pusaka yang ditinggalkan matan Perdana Menteri kita.Yang pelik ngapa pulak kawan kita sibuk-sibuk ni.Berapa banyak pun nilah kemampuan BN yang mampu urus negara.Contoh Petronas kita buat kerja cari duit.Kita kota janji kita.Banyak mana nak belanja kita punya suka lah.

Kenapa pula nak audit-audit kita pun ada juruaudit kita.Tentulah dibelanjakan untuk rakyat untuk kebajikan rakyat.Selama ni kita buat niaga pembangunan tak islam,ikut ayah pin cara komunis.Tapi segala yang dibuat oleh BN untuk kepentingan rakyatlah bukan untuk individu tertentu ajalah.Nak bawa kemana ke SPRM dan makhamah Pakatan Rakyat tak pakai kalau mengenakan kita ok macam mengenakan dia macam kes Dato Anwar makhamah yang ada tak adil meragukan.

Mana perginya RM 254 bilion kita bagi sama BN lah.Kalau rasa nak sama mari join kita ya.Banyak lagi ada tak habis digunakan.Kat Kelantan dan beberapa negeri bawah pemerintahaan Pakatan Rakyat pun ada.Pakat bagilah banyak sumbernya.Buat apa dok nembak aja.

‘Tak apa kalau Najib tak mahu jumpa’

KOTA BAHARU 7 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara Pas-UMNO.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.

Eloklah debat tu taada.Cara bil hikmah(kebijaksanaan)kat Kelantan cara Tok Guru tu pun kalau tuhan terima.Ikut cara nasihat melalui ceramah,usrah,kuliah sistem intenet dan lain-lain tak comel banyak megnhentam,mengfitnah adu dumba dan sebagainya.Masaalahnya kerja tuhan tok guru dah ambil alih.Orang ni islam yang ni ajaran sesat ayah pin dan komunis jangan lebelkan gitu.

Bak lain angkat songkong kat tok guru.Bagi kepentingan diri banyak buah sulit tok guru guna.Ta apa tok guru amanah yang dipikul akhir-akhir ini merupakan tanda-tanda akhir dunia ni.Kemaafan dengan tuhan diampunkan dengan kita sama-sama manusia terserah pada tok gurulah.

Banyak lagi jalan lain .YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri baru aja jawat jawatan tersebut dah ajak debat.Gunalah kaedah terbaik dengan bil hikmah,nasihat dan sebagainya.Tak ngam pun Kelantan BN bantu juga. Kalau Pakatan Rakyat lagi banyaknya bantu Kelantan kot.