Wednesday, July 8, 2009

Felda sebagai gedung makanan negara

SEGAMAT - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar.

:Perdana Menteri berkata, Felda sebagai pengeluar makanan bertepatan untuk menjadikan rancangan pertanian yang berusia 53 tahun itu bersifat lebih moden yang bukan hanya menumpukan pertaniana kelapa sawit semata-mata.

:“Banyak kawasan lapang dalam kawasan penempatan Felda ini seperti di pekarangan rumah atau tanah kosong. Kita mesti tanam tanaman yang boleh memberi hasil seperti cili pulai, terung, bunga kantan dan pisang berangan,” katanya semasa berucap pada majlis Hari Peneroka Felda 2009, di Felda Maokil, di sini, semalam.

Kerja mula dan jalan.Banyak rancangan felda dah jayakan taman dapur.Dalam kegawatan ekonomi baru baru ini kami dirancangan felda mewah dengan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan.Hasil didik Pengurusan Felda lah nikmat ni kami perolehi.Terimakasih Felda.Tika itu harga getah dan kelapa sawit tak menentu.

Saranan YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kami akan sambut dan kotakan.Dah 50 tahun berlalu hasilnya terbentang didepan mata.Felda bertaraf dunia.Dari kemiskinan terbebas kepada golongan menengah.Mendatang nanti 50 tahun lagi dijanjikan ikrar dan sumpah Felda akan lebih maju lagi.Pasti jaya Felda jadikan gedung makanan negara.

No comments:

Post a Comment