Wednesday, July 8, 2009

Mana perginya RM254 bilion?

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - PAS mendesak satu kertas putih dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen pada sesi depan berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad yang persoalkan ke mana dibelanjakan wang sebanyak RM254 bilion yang dibayar oleh Petronas sejak enam tahun lalu kepada kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata ia perlu dibuat supaya duit Petronas tersebut dapat dibentang dan dikenal pasti kegunaannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, jika Najib gagal membentangnya bermakna apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu merupakan satu penyelewengan besar yang dilakukan kerajaan BN.

Banyak pusaka yang ditinggalkan matan Perdana Menteri kita.Yang pelik ngapa pulak kawan kita sibuk-sibuk ni.Berapa banyak pun nilah kemampuan BN yang mampu urus negara.Contoh Petronas kita buat kerja cari duit.Kita kota janji kita.Banyak mana nak belanja kita punya suka lah.

Kenapa pula nak audit-audit kita pun ada juruaudit kita.Tentulah dibelanjakan untuk rakyat untuk kebajikan rakyat.Selama ni kita buat niaga pembangunan tak islam,ikut ayah pin cara komunis.Tapi segala yang dibuat oleh BN untuk kepentingan rakyatlah bukan untuk individu tertentu ajalah.Nak bawa kemana ke SPRM dan makhamah Pakatan Rakyat tak pakai kalau mengenakan kita ok macam mengenakan dia macam kes Dato Anwar makhamah yang ada tak adil meragukan.

Mana perginya RM 254 bilion kita bagi sama BN lah.Kalau rasa nak sama mari join kita ya.Banyak lagi ada tak habis digunakan.Kat Kelantan dan beberapa negeri bawah pemerintahaan Pakatan Rakyat pun ada.Pakat bagilah banyak sumbernya.Buat apa dok nembak aja.

No comments:

Post a Comment