Monday, July 6, 2009

‘Isu tanah masalah kerajaan negeri’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan isu tanah adalah masalah kerajaan negeri yang tertakluk kepada kawal selia pihak berkenaan tanpa perlu campur tangan kerajaan Pusat.

Perdana Menteri berkata, bagi kes tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, masalah berkenaan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata, jika kerajaan Pusat cuba masuk campur, ia akan hanya menjadi permulaan sekali gus menjadi rujukan kepada kes yang banyak berlaku di negeri lain.

Tak payah tulis-tulis surat ni kerja Kerajaan Negeri .Sikit sangat masaalah tu.Bayar aja kepada pemaju kalau sayang pengundi dan penyokog.Mana kuasanya Kerajaan Negeri tak runding dengan makhmah.Kan banyak peguam-peguam jalanan Pakatan Rakyat macam Karpal Singh.Mana Pi Penasihat Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim.Apa kata buat perhimpunan 100 ribu kat situ atau minta Adun berkenaan letak jawatan buat piihanraya lagi.

Saturday, July 4, 2009

Royalti petroleum, BN berdolak-dalik

HARAKAH: Kenapa Kerajaan Pusat begitu liat hendak membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan?

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR: Terbukti, sememangnya ini merupakan dasar Tun Dr Mahathir yang daripada awal lagi ingin menafikan hak Kelantan terhadap royalti. Ini bukan sahaja di Kelantan tetapi apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS royalti yang diberikan berpuluh tahun telah ditarik balik.

Di Kelantan bukan sekadar royalti tidak diberi kepada Kelantan tetapi pendaratan minyak juga dirancang supaya tidak didaratkan di negeri itu. Ini juga terbukti daripada sumber-sumber Petronas dan ianya dijelmakan dengan dasar dan keputusan supaya laluan minyak dan gas itu mendarat di Songkhla, Thailand.

Nasiblah Kelantan Membangun Bersama Islam.Janji Negera Kebajikan.Tunggu apa lagi.Tak payah cerita pasal royalti petroleum.Dah 20 tahun dah janji.Kalau hebat sangat buat carigali sendiri banyak kepakaran kita dalam PAS dan Pakatan Rakyat.Ilmu bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri ada kepakaran dalam semua ilmu.Ilmu Agamanya.Ekonomi apa tah lagi nak buat carigali minyak.Macam tahi minyak Dato Seri dan Tok-tok guru.

Tak malu nak ungkit,bangkit dan minta dengan YAB Perdana Menteri Malaysia.Dalam ceramah,Perhimpunan,Dewan Parlemen kat jalan-jalan dan bawah pokok kata boleh beres kenapa benda kecik tak payahlah.Minyak yang ada kat Kelantan Ayah Pin dah bagi kat Tok Ca sebelah sana bagi buat patong-patong buddha orang Siam yang bantu Tok Guru kita.

Petronas yang BN buat ni bukan islam tak masuk dalam belanjawan PKR mau dalam kemampuan kabinet Pakatan Rakyat untuk usahakan.KIta buat macam Perak Nizam balut kepala bagi tanah kampong Baru 999 tahun.Tu pun cakap aja tak sempat nak ajas dan pindah kelain.

Kesian Tok Guru kita yang hak. Kemana haknya. Tok guru punyai hak dah habis .Tu lah jangan tipu rakyat.Gona nak ikut usaha minyak pun tak pandai cakap dan ngejek BN pulak yang tak islam.Tak halal pula.Kalau bagi sama Tok guru halal.Tak bagi haram kita bantai dalam ceramah ya. Tak payah runding dan tak ya bagilah kat Kelantan minyak royalti tu.Minyak Ayah Pin ta apa he......

Umno tolak Islam adalah fitnah

Umum harus menilai usaha parti terap unsur agama dalam ekonomi, pendidikan

KUALA KRAI: Dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Umno menolak Islam adalah fitnah besar dan amat tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu amat mendukacitakan, Mustapa berkata, beliau kesal dengan tindakan pemimpin pembangkang yang membawa cerita kononnya Umno menolak Islam, menyeleweng dan membawa ajaran sesat dalam lawatan rumah ke rumah dan ceramah agama di kawasan itu.

Sedih yang amat sangat dengan fitnah.Kecewa lagi benci dengan amalannya.Tanggapan UMNO tak Islam merupakan fitnah yang dirancang dan bukan yang tersurat dalam Al Quran dan Hadis.Salah sangat UMNO buat selama ini.Salahkah UMNO tolak debat Tok Guru.Dengan lihat Tok Guru dan Gambar Tok Guru Nik Aziz dapat pahala.Lihat Kaabah diMasjidi Haram gona pulok.

Amalan PAS selama ini dah banyak dah masuk syurga rujuk kitab AlFITNAH PAS .Budaya ini dah berakar umbi dan ramai pengikutnya.Dari orang kampong,kota,IPTA,kakitangan Kerajaan,Swasta dan murid tadika sendiri.Dengan doa Tok Guru Nik Aziz,Tok Haji Hadi tambah makbur dengan sentuhan ghairah Dato Seri Anwar dan Lim Kit Siang.Sejasteralah , rahmat dan ilmu yang berpanjangan kepada penyokong Pakatan Rakyat dan Pas dalam mengislamkan.kita semua.

Dalam kitab ALFITNAH PAS senjata dalam perang Pilihanraya dan kepentingan boleh kita pakai lagi diberkati.Kesungguhan FITNAh Ciptaan ini telah diterima setiap kali mutamar PAS.Kejayaan telah terbukti setiap kali plihanraya.Walaupun dah dapat memerintah 5 negeri.Pelaksanaan dalam membangunkan Islam dan rakyat ditangguhkan.Dengan sloga ya Satu Pakatan Rakyat dan PAS untuk cakap fitnah aja.Fitnah didahulukan.Pencapaian peribadi diutamakan.

Friday, July 3, 2009

KES LIWAT KEKAL DIMAKHAMAH TNGGI

Kes liwat Anwar kekal di Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan semalam, memutuskan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Mahkamah memutuskan demikian setelah menolak rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengetepikan keputusan mengekalkan perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Sesyen oleh Hakim SM Komathy Suppiah.

Keputusan mahkamah menyatakan perpindahan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi tidak akan menyebabkan prejudis terhadap Anwar kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menandatangani sijil pemindahan tepat dengan peranannya selaku Peguam Negara.

Keputusan itu merujuk Seksyen 418 Kanun Tatacara yang memperuntukkan Pendakwa Raya mempunyai kuasa dan tanggungjawab penuh ke atas pemindahan kes tersebut.

“Tidak ada kuasa alternatif dan ia adalah kuasa istimewa Pendakwa Raya,” kata Hakim Datuk Abdull Hamid Embong yang membacakan alasan penghakiman.

Apa istimewa Dato Seri Anwar banyak kekebalan diberi hingga hari ni masih tak dibicarakan.Sabar Dato Seri apa yang nak ditakutkan lagi kita beicara dulu.Gunakanlah beberapa peguam-peguam yang hebat.Jangan pula gunakan makhamah jalanan,pentas ceramah dan perhimpunan.

Makhamah didunia tak apalah pakai apa-apa boleh kat sana nanti online Dato Seri.Sini gunakan lah talian hayat yang boleh menghalalkan semua yang Dato Seri kerenahkan.Tok Guru-tok Guru dan saudara-saudara dalam Pakatan Rakyat akan bantu.Semoga Allah berikan pertunjuk kepada kami bagi jelaskan yang mana benar dan yang mana sebaliknya.

Thursday, July 2, 2009

DEWAN CELA LAPAN YB PEMBANGKANG

NASIONAL Dewan cela lapan YB pembangkang
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bnews@bharian.com.my
LAPAN Ahli Parlimen pembangkang ditegur, manakala empat Ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor didenda RM1,000 setiap seorang selepas Dewan Rakyat meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenai aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mendakwa dikasari dan dihalang memasuki Dewan pada 26 Februari lalu.

Lapan Ahli Parlimen itu ialah lima saksi kejadian dan tiga ahli jawatankuasa kerana gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa dan membantu siasatan.

Lima saksi kejadian ialah Karpal, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Lim Lip Eng (DAP-S
Segambut), N Gobalakrishnan (DAP-Padang Serai) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Karpal selaku saksi dan mangsa tak hadir,Gitu juga 3 orang daripada Jawatankuasa tarikh diri dalam isu ini.Yang pelik tu dewan belum agi bentang isu ini Lim Kit Siang dah buka dewan adakan sidang akhbar.

Peringatan kepada Karpal Singh supaya tidak mencelakan lagi Pemuda UMNO.Syabas Pemuda UMNO yang telah berani ambil tidakan.Amat dialukan juga kepada rakan Pemuda UMNO jika timbul lagi perkara ini Pemuda akan mengambil tindakan dan sebarang kemngkinan ini tanggung jawab mereka yang memulakan.

Keceluparan Karpal Singh,Lim Kit Siang dan pemimpin DAP dalam apa jua isu memang mendukacitakan orang Melayu.Mereka patut dikenakan akta hasutan ISA yang boleh berlaku perpecahan kaum.Kekalutan,tiada adap semasa didewan Parlemen,sikap kurang ajar amat perlu sekali Speaker mengantong kehadiran mereka.

Bangkit dan sedarlah umat Melayu bangsa lain bawah DAP mula mencabar kita,mempersoalkan,mencelakakan kita,mempersendakan kita di Dewan mulia dan sebagainya.Perlukah kita bersekongkong,bertuankan mereka,takut dan sebagainya sedangkan bumi Malaysia ini bumi kita. Ayub kawan kita langsaikan sengketa ini dengan bertindak lebih angresif lagi menentang Pakatan Rakyat yang membela dan memberi ruang kepada mereka.

Wednesday, July 1, 2009

DAP KELUAR PAKATAN

DAP keluar pakatan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah


ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini.

Satu keputusan yang baik mana boleh kerjasama. Kat Penang taapa Dato Seri Anwar bantu.Kat Perak YB Nizam ada.Kat Kedah tanggung sendirilah.Hebat YAB Azizan Menteri Besar Kedah dalam tindakan.Malu saya patut kita sokong YAB MB Kedah.Ni patong buddha banyak kat rumah tok guru kita.

Kalau kat Selangor BN dulu Dato Seri Khir Toyo kena bantai dok hidraf dan hindu.Salah kalau BN buat kalau PAS buat baik ok tak baik pun taapa.Nasib DAP Kedah .Tulah Lim Kit Siang tak tidur malamlah.Ni dok ngaqcau kat Kelantan.Keadilan memang wujud tapi tak perakui.Susah nak adilah lebih baik bubar dewanlah kat Kedah macam Dato Seri Nizam.

DAP Kedah jangan mimpinlah nak buat industri babi kat Kedah. Selsema babi tak apa ada korantin .Selsema Pakatan Rakyat kat Kedah punah dan tunggu rebah kalau terkena Virus Tok Guru-tok guru.Tunggu apa lagi kawan kita sama hantam sama tu YAB MB lah minta bantu Dato Sri Anwarlah kasi pusing-pusing itu Pakatan.


.

PEMUDA UMNO PAS BERDIALOG

RAZALI (kiri) bersalaman dengan Nasrudin sambil disaksikan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff selepas sidang akhbar di Parlimen, semalam.


Permulaan selesai kemelut dua parti demi kebaikan rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas semalam secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.

Pelawaan itu disambut baik oleh Pemuda Umno yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, pada sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen, berkata perkara utama yang difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu berbangkit serta soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk membabitkan umat Islam negara ini


Apa muslihat PAS ni mula kerena Presiden,Timbalan Presiden dan kini Ketua Dewan Pemuda Pas pulak nak dialog.Minggu lalu Tok Guru Nk Aziz nak debat.Kemudian Dewan Muslimat pulok nak apa.Ini lah dunia nak kiamat amanah yang dipikul dipermainakan persendakan dan tidak laksana.Sah nanti tambah lagi boneka UMNO yang akan dilebelkan oleh Tok Guru-guru yang diamanahkan untuk perjuangan islam.

Ya permulaan tapi taada penyudah pasti dituduh UMNO pulak mengilhamkan diolog ini bila tiada jalan penyudah.Lebih-lebih lagi rakan dalam Pakatan Rakyat.Kemelut Dato Seri Anwar dan Lim Kit Siang jadi badi dalam mengiyakan hasrat murni demi kebaikan. Golongan PAS dah lupa dan takut memperjuangan Islam demi kepentingan Pakatan mereka.

Kemelut PAS UMNO ini tak sudah selagi PAS tuduh UMNO perjuangannya bertentangan dengan Islam.Sedangkan ahli UMNO shahadahnya sama dan pegangan agama sama cuma politiknya berbeza.Rungkaian ni yang pening bila Tok Guru yang diamanah tidak amanah dalam mengelutkan agama.Menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Amat sedih hasrat mulia ini tidak terlasana atau terlaksana digunakan untuk mencari kelemahan masing-masing bagi mempertahankan parti masing tanpa fikirkan untuk Agama Bangsa dan Negara.Perpecahan Umat Islam dan Melayu semakin hari semakin serius tunggu masa aja pertumpahan darah sama kita jika berterusan.Dalam pertahankan dan mertabatkan islamlah telah berlaku sebelum Islam ke Negara kita.

Dialog ini boleh diteruskan dengan meletak senjata hati,keikhlasan dan tau amanah yang telah ditentukan allah. Kita mussabah diri masing-masing dengan hasrat selesakanlah sengketa dan kemelut yang ada.